KEBAIKAN MELANCONG
Melancong bermaksud melawat ke tempat-tempat yang menarik pada masa lapang. Banyak faedah akan diperoleh daripada aktiviti melancong.Dengan melancong, kita dapat merehatkan fikiran dan tubuh badan. Kita boleh pergi melancong ke tempat-tempat menarik selepas penat belajar atau bekerja. Fikiran yang kusut semasa bekerja atau belajar boleh ditenangkan dengan melancong. Kita juga boleh membina semangat yang baru selepas berehat.
Melancong merupakan satu aktiviti yang menyeronokkan. Selain keseronokan semasa melancong, kita juga dapat memajukan industri pelancongan negara. Secara tidak langsung, kita dapat menolong memajukan negara kita apabila melancong dalam negeri sendiri. Cenderahati yang dibeli di satu-satu tempat pelancongan di negara kita dapat membantu pengusaha-pengusaha tempatan.
Selain itu, melancong juga dapat menambahkan pengetahuan kita tentang adat kebudayaan dan suasana sekitarnya. Sekiranya kita melancong ke luar negeri, kita akan mendapat pengalaman yang baru dan akan memperoleh pengetahuan di negara tersebut . Contohnya jika melancong ke Sarawak, kita akan dapat mempelajari cara hidup masyarakat Sarawak.
Kesimpulannya, melancong merupakan satu aktiviti yang banyak memberikan faedah kepada kita.
Komentar
Posting Komentar