TIPS KARANGAN DIALOG
Karangan Dialog / Temu Ramah / Perbualan / Wawancara
· terbahagi kepada dua jenis:
i. Dialog dan Perbualan ( lebih berkisar kepada persoalan biasa
seperti bertanya khabar dan perbualan menerusi telefon.)
ii. wawancara dan temu ramah ( lebih kepada perbualan rasmi,
pertanyaan kepada orang yang lebih dihormati , atau ingin tahu
sesuatu perkara )
· setiap karangan ini mempunyai sekurang-kurangnya dua watak atau lebih
· sebelum memulakan karangan boleh disertakan keterangan tetapi janganlah terlalu panjang. Lihat contoh :
Abu diminta oleh guru kelas menemu ramah Guru Besar sebelum beliau bersara. Hasil temu ramah itu akan dimuatkan di dalam majalah sekolah. Berikut merupakan hasil temu ramah tersebut.
· Format karangan ini
nama watak ditulis selari di sebelah kiri
selepas nama watak dibubuh tanda titik bertindih ( : ) juga dalam keadaan selari
contoh :
Nama A : Assalamualaikum, Makcik.
Nama B : Waalaikummussalam
Nama A : Apa khabar Makcik ?
Nama B :
· Mulakan perbualan dengan ucap selamat
· Perlu menggunakan kata ganti nama diri yang sesuai. Jika orang yang dibawa berbual itu berumur gunakan panggilan “Encik”, “Tuan”, ataupun “Makcik”
· pastikan anda tahu tentang hal atau perkara yang akan ditulis untuk bahan temuramah / dialog.
· boleh gunakan bahasa kiasan atau peribahasa dan kata singkatan seperti ‘tak’ , ‘dah’, 'nak' dan lain-lain
· soalan yang dikemukakan adalah ringkas , tidak rumit dan berbelit-belit. Dalam dialog itu, kedua-dua pihak harus bertanya, memberi pendapat atau pandangan.
· Jawapan yang diberi kepada soalan adalah panjang lebar
· elakkan penggunaan soalan yang cuma memerlukan jawapan “ya” atau “tidak”.
· soalan-soalan disusun dengan baik supaya terus berkesinambungan.
· kawal jumlah perkataan yang digunakan ( lebih kurang 80 patah perkataan )
· tanda baca yang digunakan harus sesuai dengan nada percakapan. Hati-hati dengan ayat tanya kerana ia berakhir dengan tanda tanya. ( ? )
· mesti di tulis mengikut format ( terpesong format , tolak 3 markah )
· soalan yang diikuti dengan jawapan lengkap di beri markah penuh
· Akhiri perbualan dengan mengucapkan terima kasih kepada yang ditemuramah.
Contoh Soalan
Kawan kamu selalu mendapat tempat pertama dalam peperiksaan. Kamu berbual-bual dengan rakan kamu itu untuk mengetahui tentang rahsia kejayaannya. Tulis perbualan kamu dan rakan kamu selengkapnya.
Rangka karangan.
Pendahuluan | |
Bertanyakan khabar. -Elakkan berbual-bual. -Sedang menyiapkan latihan. | |
Idea | |
1)Memberi tumpuan ketika di dalam kelas. -Elakkan berbual-bual. -Bertanyakan guru jika tidak faham. 2)Di rumah, membaca nota yang diberi oleh guru. -Maklumat kekal diingatan, -Membuat nota kecil. | 3)Ayah sentiasa membeli buku ulang kaji. -Membuat latihan ketika ada waktu terluang. -Dilakukan pada hari minggu. 4)Menghadiri kelas tuisyen. -Kelas dari jam 8.00 malam hingga 9.30 malam. -Memantapkn ilmu pengetahuan. |
Penutup | |
Mengucapkan penghargaan kerana sudi berbual. -Berjaya kerana gigih belajar. -Boleh berjaya jika rajin belajar. |
Komentar
Posting Komentar