PETIKAN DIALOG
Baca petikan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.
Razak : Apa khabar, Roslan ?
Roslan : Beransur baik sekarang. Cuma badan saya masih
lemah dan tiada selera untuk makan.
Razak : Saya datang ni nak melawat awak kerana sudah
dua har awak tidak datang ke sekolah.
Roslan : Terima kasih, Razak kerana ambil berat mengenai
saya.Sebenarnya sudah dua hari saya demam dan
selesema.Ibu menasihati saya agar tidak ke
sekolah kerana bimbang penyakit saya ini akan
berjangkit kepada kawan-kawan yang lain.
Razak : Betul tindakan ibu awak itu kerana selesema
memang mudah berjangkit.Saya dapat tahu awak
tidak sihat melalui guru kelas kita.Ibu awak yang
menelefon pihak sekolah dan memaklumkan
kepada pihak sekolah bahawa awak tidak sihat.
Adakah awak sudah mendapatkan rawatan
daripada doktor ?
Roslan : Sudah. Saya telah pergi ke klinik semalam
bersama-sama dengan ayah dan ibu saya.
Razak : Baguslah kalau dah pergi tetapi jangan lupa
makan ubat yang diberi.
Roslan : Baiklah, terima kasih atas nasihat awak.
Razak : Bagaimana dengan kawan-kawan yang lain?
Roslan : Kawan-kawan yang lain seperti biasa, cuma Cikgu
Zakaria mengingatkan kita supaya mengulang
kaji pelajara kerana peperiksaan percubaan UPSR
akan diadakan tidak lama lagi.
- Perkataan ambil berat dalam petikan adalah sinonim
dengan perkataan ....................................................
- Siapakah yang menelefon pihak sekolah untuk memaklumkan keadaan Roslan?.
- Apakah nasihat yang telah disampaikan oleh sahabat Roslan kepadanya?
- Adakah langkah pencegahan yang telah diambil oleh ibu Roslan berkesan bagi mengawal jangkitan tersebut?. Mengapa?
Komentar
Posting Komentar