SURAT RASMI

Baca surat di bawah dengan teliti. Kemudian, jawab soalan-soalan berikutnya

Khairul bin Ahmad,
Jalan utama,
Taman Sungai Serada,
21300, Manir
Terengganu.
_________________________________________________

Yang Dipertua,
Majlis Perbandaran Kuala Terengganu,
20200 Kuala Terengganu,
Terengganu.                                                      16 OGOS 2017

Tuan,       
                                     
Masalah Kekotoran

Dengan hormatnya, saya selaku wakil penduduk Taman Sungai Serada berasa kecewa kerana pihak Majlis Perbandaran Kuala Terengganu masih belum mengambil sebarang tindakan terhdap masalah di atas. Saluran najis di kawasan perumahan kami tersumbat dan mengakibatkan tangki najis itu pecah. Apabila tangki pecah, najis melimpah keluar. Keadaan ini tidak menyenangkan kami kerana penduduk yang terpaksa menutup pintu dan tingkap sehari suntuk bagi mengelakkan bau busuk itu masuk ke dalam rumah. Kami sudah tidak tahan lagi dengan bau busuk itu yang sekaligus menghilangkan selera makan.

            Masalah ini bertambah teruk apabila hari hujan. Tangki najis yag pecah itu menyebabkan air najis mengalir ke kawasan-kawasan lain. Akibatnya penduduk di taman ini menghidapi berbagai-bagai jenis penyakit kulit. Selain itu, sampah sarap tidak diangkut berminggu-minggu oleh MPKT. Keadaan ini menyebabkan sampah sarap bersepah di sana sini akibat diselongkar oleh kucing
dan anjing liar. Sesetengah penduduk pula membuang sampah sarap ke dalam parit. Air parit tidak dapat mengalir dengan lancar dna bertakung. Air yang bertakung memudahkan nyamuk membiak dan bertelur, terutamanya nyamuk aedes.
            Kami bimbang penduduk di kawasan ini akan dijangkiti penyakit demam denggi. Taman permainan kanak-kanak di tempat perumahan kami tiada kelengkapan yang sempurna. Rumput padang terlalu panjang kerana tidak dimesin, tambahan pula alatalat permainan kanak-kanakseperti buaian dan gelongsor sangatlah uzur. Ini amat membahayakan kanak-kanak dan boleh menyebabkan kemalangan yang tidak diduga. Saya bagi pihak penduduk taman ini memohon agar pihak tuan mengambil tindakan sewajarnya untuk mengatasi masalah itu secepat mungkin. Kerjasama dan perhatian daripada pihak tuan amatlah kami hargai.

Sekian, terima kasih.

Yang benar,

KHAIRUL
(KHAIRUL BIN AHMAD)
Wakil Penduduk, Taman Sungai Serada.

1. Manakah yang merupakan tunggak keamanan sesebuah  negara?
A. rakyat yang suka brjimat cermat
B. adanya semangat bersatu padu di kalangan rakyat
C. mengutamakan tugas sendiri
D. membantu orang susah

2. Apakah tujuan penulis menulis surat kepada Majlis Perbandaran Kuala Terengganu ?
A. untuk mebuat rayuan supaya diadakan tempat membuang sampah
B. untuk membuat aduan tentang penduduk taman yang menghidap berbagai-bagai jenis penyakit kulit
C. untuk membuat aduan tentang masalah saluran najis yang tersumbat ,sampah sarap yang tidak diangkut dan ketiadaan taman permainan kanak-kanak yang sempurna
D. untuk membuat aduan tentang penduduk yang dijangkiti penyakit deman denggi

3. Apakah jenis pencemaran yang berlaku di tempat tinggal penulis ?
A. pencemaran air, udara dan bunyi
B. pencemaran air
C. pencemaran bunyi
D. pencemaran udara

4. Makna bagi perkataan selongkar dalam surat di atas adalah
A. digeledah
B. dimakan
C. dibuang
D. dikais

5. Apakah yang menyebabkan penyakit deman denggi merebak ?
A. Nyamuk tiruk
B. Nyamuk aedes
C. Tikus

D. Lalat

Komentar

Postingan Populer