JADUAL
Teliti jadual di bawah, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.
Jenis pertandingan | Masa | Tempat | Kumpulan Umur |
Pertandingan mewarna | 8.00 pagi – 12.00 tengah hari | Di kantin sekolah | 5 – 7 tahun |
Pertandingan bercerita | 8.00 pagi – 10.00 pagi | Di dewan sekolah | 8 – 10 tahun |
Mendeklamasikan sajak | 10.00 pagi – 12.00 tengah hari | Di dewan sekolah | 10 – 12 tahun |
Mencari harta karun | 2.00 petang – 4.00 petang | Di tempat perhimpunan | 12 tahun dan ditemani ibu bapa |
Sukaneka | 4.00 petang – 6.00 petang | Di padang sekolah | 7 – 12 tahun dan para ibu bapa |
1) Mengapakah pertandingan mewarna dan bercerita diadakan
pada masa yang sama ?
A Kedua-dua pertandingan itu dijangka mendapat sambutan
yang hangat.
B Kumpulan umur bagi kedua-dua pertandingan itu tidak sama.
C Kedua-dua pertandingan itu mengambil masa yang agak lama.
D Kedua-dua pertandingan itu terbuka kepada murid-murid
sahaja.
2) Sebagai murid Tahun Lima, pertandingan apakah yang disertai oleh Asma ?
A Pertandingan bercerita, mendeklamasikan sajak, dan mencari
harta karun.
B Acara sukaneka, pertandingan bercerita, mencari harta karun,
dan mendeklamasikan sajak.
C Mendeklamasikan sajak dan sukaneka..
D Mendeklamasikan sajak, mencari harta karun, dan sukaneka.
3) Sebelum pukul 2.00 petang, Manisah dan ibu bapanya telah
berhimpun untuk menyertai suatu pertandingan.
Berdasarkan jadual, pertandingan apakah yang akan disertai oleh mereka ?
A Sukaneka.
B Mendeklamasikan sajak.
C Mencari harta karun.
D Mencari harta karun dan sukaneka.
4) Pada pendapat kamu, apakah yang perlu dilakukan oleh
pihak pengajur supaya setiap pertandingan yang diadakan mudah
untuk dikendalikan ?
A Memendekkan masa pertandingan.
B Penyertaan perlu dihadkan.
C Menyediakan petugas yang lebih banyak.
D Mengetatkan peraturan bagi setiap pertandingan.
5) Antara yang berikut, yang manakah bukan matlamat yang
semua pertandingan tersebut diadakan ?
A Untuk beradu kekuatan.
B Untuk mencungkil bakat.
C Untuk mengeratkan hubungan.
D Untuk mendapatkan hadiah yang ditawarkan.
Komentar
Posting Komentar