ULASAN CERPEN JAKET KULIT KIJANG DARI ISTANBUL
1.1 Guru Cemerlang
Di Malaysia, guru atau pendidik merupakan penjawat awam yang terpenting dalam bidang pendidikan. Perkhidmatan seseorang guru amat penting bagi merealisasikan aspirasi negara. Guru memiliki ciri-ciri istimewa sama ada terbina secara semulajadi atau dilatih Cabaran abad ke dua puluh satu ini memerlukan guru-guru atau para pendidik memperlengkapkan diri dengan cabaran baru yang sedang dihadapi oleh pelajar yang amat rencam dan kompleks..
Para guru perlu lebih memiliki ketrampilan diri sebagai pendidik sempurna dengan memiliki pelbagai ilmu tradisional dan moden, kefahaman dasar dan aspirasi negara dengan jelas dan mantap, bersahsiah tinggi, beretika cemerlang, pelbagai kemahiran pengajaran dan pembelajaran dan kaedah pengurusan terkini. Guru yang mengamalkan etika perkhidmatan cemerlang sudah pasti menjamin organisasi sekolah dan negara mencapai hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Wawasan 2020. Bagi merealisasikan hasrat itu, pihak kementerian pendidikan telah memperkenalkan pangkat guru cemerlang.
Tujuan utama Kerajaan memperkenalkan laluan kenaikan pangkat sebagai guru cemerlang adalah untuk memberi peluang kepada guru-guru yang benar-benar cemerlang dan menyerlah dalam mata pelajaran yang diajar ataupun di dalam bidang pengkhususan tanpa perlu menukarkan ke jawatan pentadbiran. Dengan cara ini, guru-guru yang bermotivasi tinggi, mahir, berpengalaman dan pakar dalam sesuatu bidang tertentu dapat terus dikekalkan untuk mengajar di sekolah bagi memperkasakan lagi proses pengajaran dan pembelajaran (P&P)
Pelaksanaan konsep Guru Cemerlang juga bertujuan untuk menjadikan guru-guru yang dilantik sebagai role model yang akan menjadi sumber inspirasi dan motivasi kepada guru lain untuk sama-sama bersaing meningkatkan lagi tahap pencapaian kualiti P&P di sekolah masing-masing. Kewujudan Guru Cemerlang diharapkan dapat menjadi pemangkin bagi sesebuah sekolah untuk meningkatkan prestasi akademik yang lebih cemerlang dan gemilang.
Jadual 1 di bawah menunjukkan satu contoh hasil temuramah dengan seorang Guru Cemerlang. Guru Cemerlang tersebut ialah Encik Zainal bin Somingan seorang Guru Cemerlang Pra Sekolah dari SK Taman Perling, Johor Bahru.
.
Jadual 1 : Transkrip Temu Bual dengan Guru Cemerlang (GC)
Temu Bual | Refleksi Penulis | ||
Penulis GC | Assalamualaikum Cikgu. Saya pelajar Program Pensiswazahan Guru, Kampus Temenggong Ibrahim Johor Bahru, ingin menemuramah cikgu yang merupakan seorang guru cemerlang di sekolah ini. Waalaikumussalam. Terlebih dahulu saya ucapkan selamat datang ke sekolah ini dan terima kasih juga kerana saudara sudi memilih saya untuk berkongsi sedikit pengalaman dan kejayaan yang pernah saya capai. | - GC bersedia dan rela hati untuk berkongsi pengalaman & kejayaan kepada semua | |
Penulis GC | Sebagai pembuka kata, saya sungguh tertarik dengan penampilan cikgu pada pagi ini. Bolehkah cikgu perkenalkan serba sedikit latar belakang cikgu sehingga boleh memegang status guru cemerlang ini? Terima kasih saudara. Saya Cikgu Zainal bin Somingan merupakan seorang guru cemerlang Pra Sekolah di sekolah ini. Saya lahir dan dibesarkan di Sabak Bernam, Selangor. Saya datang dari keluarga yang boleh dikatakan kais pagi makan pagi, kais petang makan petang. Berkat kesusahan dan kegigihan menuntut ilmu, saya telah diterima masuk ke Universiti Kebangsaan Malaysia dan mendapat Ijazah Sarjana Muda Sains dan Kemasyarakatan. Pada tahun 2001 saya telah diterima menjawat jawatan guru pra sekolah setelah menamatkan KPLI di Institut Perguruan Bahasa Melayu Malaysia. Telah 8 tahun berada di sekolah ini dan 3 tahun memegang status guru cemerlang. | - Penampilan GC sesuai dengan status sebagai seorang guru. - Keperitan hidup masa lalu GC menjadikan beliau tabah dan ingin maju dalam kehidupannya | |
Penulis GC | Saya ingin tahu, bagaimanakah cikgu boleh dapat status guru cemerlang? Semua guru boleh menjadi guru cemerlang asalkan guru itu memohon untuk menjadi guru cemerlang. Penentuan samada layak atau tidak adalah bergantung kepada kecemerlangan yang kita tunjukkan semasa proses pemantauan dan penilaian oleh pihak kementerian. Antara faktor yang menyebabkan saya terpilih sebagai guru cemerlang adalah kerana pihak penilai berpuas hati dengan bukti-bukti kecemerlangan yang saya tunjukkan kepada mereka. Antaranya melalui pelaksanaan inovasi pengajaran serta kajian-kajian tindakan yang pernah saya cipta, laksanakan dan mendapat pengiktirafan daripada mana-mana pihak seperti sekolah, pejabat pelajaran daerah, negeri atau peringkat kebangsaan. Keberkesanan inovasi yang saya buat itu telah merubah prestasi murid-murid saya menjadi lebih baik lagi. | - Guru perlu sentiasa Mencari segala peluang untuk memajukan diri. - GC ada semangat ingin mencuba suatu yang baru. - GC membuat inovasi pengajaran menjadi penyebab prestasi pelajaran semua muridnya meningkat. | |
Penulis GC | Kalau tidak keberatan, bolehkah cikgu kongsikan inovasi pengajaran yang pernah cikgu buat?
. | - GC sentiasa menyahut cabaran dan bertindak pantas dalam menyiapkan tugasnya. - GC seorang yang kreatif dan inovatif. - Banyak menghasilkan inovasi dan sering menyertai pertandingan inovasi di pelbagai peringkat. | |
Penulis GC | Saya lihat banyak hasil inovasi cikgu telah sampai ke peringkat yang boleh dibanggakan. Bolehkah cikgu sebutkan kejayaan-kejayaan yang pernah cikgu perolehi? Bermula pada tahun 2007, saya telah mendapat tempat ke 2 dalam Negeri Johor melalui Pertandingan Pra Sekolah Cemerlang, Anugerah Hari Q pada tahun 2008, Anugerah Perkhidmatan Cemerlang pada 2009, Anugerah Guru Inovatif 2010, Anugerah Guru Aktif 2011, Anugerah Guru Inovatif berkumpulan 2012 dan pada tahun 2013 saya telah dilantik guru cemerlang. Inovasi saya iaitu Camca pernah mendapat anugerah sempena Hari Guru daerah Johor Bahru. Kaedah Rhajin pula pernah mendapat anugerah emas dan perak peringkat antarabangsa. | - Hasil inovasi GC mendapat pengiktirafan daripada pelbagai peringkat. - Boleh menjadi perangsang kepada semua guru untuk menghasilkan inovasi yang boleh diketengahkan. | |
Penulis GC | Apakah keberkesanan inovasi yang cikgu hasilkan dalam membantu proses pengajaran dan pembelajaran murid? Melalui beberapa inovasi yang saya cipta telah dijadikan amalan dalam kehidupan di dalam bilik darjah oleh murid-murid pra sekolah di sekolah ini. Kaedah Rhajin misalnya. Setiap pagi murid-murid kami akan mengambil buku dan membacanya sejurus sahaja mereka sampai di sekolah. Penghargaan akan diberikan kepada setiap murid yang telah dapat membaca satu-satu buku itu dengan lancar. | - GC menjadi agen perubahan tingkah laku murid. Inovasi yang dicipta telah dijadikan rutin harian murid- muridnya | |
Penulis GC | Pada pendapat cikgu, bagaimanakah seseorang guru itu boleh melaksanakan inovasi dalam pengajarannya? Saya berpendapat, setiap guru perlu kreatif dalam mengatasi sebarang masalah pembelajaran murid. Apa sahaja cara baharu yang digunakan oleh guru dalam pengajaran, saya kira itu adalah inovasi. Kadang-kadang inovasi tersebut tidak menggunakan modal. Contohnya ketika saya menyertai pertandingan inovasi peringkat negeri Johor iaitu 'Satu Guru Satu Inovasi' pada 2012, guru yang menjadi johan hanya menggunakan kedua belah tangannya sahaja sebagai bahan inovasinya. Kesimpulannya guru perlu sentiasa berfikir di luar kotak bagi memastikan ojektif pengajarannya tercapai. Ini merupakan salah satu ciri guru yang berinovatif. | - Setiap guru perlu kreatif dan inovatif. Sentiasa mencipta kaedah baharu dalam pengajaran. - GC mengambil contoh inovasi orang lain untuk dikongsikan. | |
Penulis GC | Adakah cikgu merasakan bahawa tenkologi pendidikan menyumbang ke arah peningkatan jumlah guru yang berinovasi? Guru yang berinovasi seharusnya sentiasa mengikuti perkembangan teknologi masa kini. Penggunaan multimedia secara interakif contohnya lebih berkesan digunakan kepada anak-anak generasi zaman sekarang. Mereka adalah generasi zaman ICT. Kehidupan mereka dikelilingi dengan teknologi. Maka guru juga perlu menyediakan keperluan pembelajaran yang seiring dengan kemajuan pada zamannya. Saya juga amat bersetuju jika dikatakan bahawa teknologi pendidikan membantu guru-guru ke arah guru berinovasi. Maklumat boleh dicari dan dikongsi di seluruh dunia tanpa ada hadnya. | - Teknologi pendidikan menyumbang ke arah guru yang kreatif dan inovatif. ICT sebagai bahan pengajaran dan sumber mencari dan menyebar maklumat. | |
Penulis GC | Sejauhmanakah cikgu telah mengaplikasikan penggunaan ICT dalam inovatif cikgu dalam P&P di bilik darjah? Kemudahan ICT di bilik darjah pra sekolah kami amat terhad. Walaubagaimanapun, saya memaksimumkan penggunaannya dengan melaksanakan pembelajaran secara interaktif secara berkumpulan. Inovasi saya kaedah Camca misalnya, saya jalankan secara interaktif. Semua murid dapat belajar secara hands on. Saya nampak penggunaan ICT dalam pembelajaran dapat menarik minat pelajar untuk belajar. Kesan positif yang lain dapat dilihat juga daripada kedatangan murid. Peratus kedatangan murid meningkat jika saya menggunakan kemudahan ini. Kesannya dapat saya rasakan seperti pada penghujung tahun lalu, semua murid saya telah lancar membaca sebelum mereka masuk ke tahun 1. | - GC menggunakan kemudahan ICT dalam inovasi pengajarannya. - Murid berminat terhadap pengajaran ICT interaktif atau secara hands on. - Peratus kedatangan meningkat sekiranya guru menggunakan bahan pengajaran berbentuk ICT - Semua murid GC lancar membaca sebelum masuk ke tahun 1 | |
Penulis GC | Sepanjang pengalaman cikgu sebagai guru cemerlang apakah strategi inovatif yang cikgu amalkan dalam pengajaran dan pembelajaran? Kejayaan murid adalah menjadi kayu pengukur kejayaan satu-satu inovasi pengajaran yang dugunakan oleh guru. Guru baharu perlu mula mengamalkan pengajaran dan pembelajaran yang inovatif dan lebih kreatif supaya murid berupaya menyelesaikan segala masalah dengan lebih professional, berkeyakinan dan berkemahiran. Mereka juga perlu lebih mengunakan pengajaran yang cenderung kepada penyelesaian masalah dan menggunakan strategi yang berpusat kepada pelajar. | - Kejayaan murid menjadi kayu pengukur kejayaan satu-satu inovasi - Guru perlu lebih kreatif supaya murid dapat menyelesaikan masalah dengan lebih profesional. | |
Penulis GC | Bagaimanakah cikgu kongsikan bahan-bahan inovasi yang dihasilkan dengan rakan-rakan guru di luar sana? Segala bahan dan apa sahaja berkaitan pra sekolah di sekolah ini saya muatkan dalam blog yang saya bangunkan. Selain itu saya gunakan segala laluan media sosial yang ada seperti facebook, twitter, dan sebagainya untuk menyalurkan maklumat kepada semua yang memerlukan. Saya juga kongsikan bahan-bahan saya ketika saya memberikan ceramah, bengkel atau mesyuarat-mesyuarat di peringkat daerah hinggalah ke peringkat kebangsaan. Saya anggap ia sebagai satu jariah saya kerana bagi saya ilmu akan terus berkembang jika ada yang menyumbang. | - GC sedia berkongsikan bahan kepada orang lain. - Media masa kini digunakan untuk menyebar maklumat - Ilmu berkembang selagi ada penyumbang. | |
Penulis GC | Terima kasih atas perkongsian ini. Sebagai penutup, apakah pesanan atau harapan cikgu kepada guru-guru di negara ini? Harapan saya semoga guru-guru dalam negara kita sentiasa berinovasi. Kemajuan negara kita pada masa hadapan adalah bergantung kepada bagaimana kita menyediakan modal insan pada masa sekarang. Guru-guru merupakan golongan yang perlu membentuk dan menyediakan modal insan ke arah itu. | - Harapan GC semoga semua guru sentiasa berinovasi | |
Penulis GC | Saya ucapkan terima kasih atas kesudian cikgu meluangkan masa bersama saya. Sama-sama. |
2.1 Hasil Temu Bual dengan Guru Cemerlang
Melalui wawancara bersama guru cemerlang itu, kita dapati beliau adalah seorang yang sentiasa bersedia untuk berkongsi segala pengalaman dan kejayaan yang pernah dicapai dengan pihak yang memerlukannya. Untuk menjadi cemerlang, seseorang itu perlu mempunyai kecemerlangan peribadi. Antara kecemerlangan peribadi yang perlu ada dalam diri seseorang guru cemerlang termasuklah mempunyai keyakinan diri, sentiasa berkongsi dan bekerjasama dengan orang lain serta sentiasa mengurus diri dengan kemas. Hal ini bertepatan dengan sifat yang dimiliki oleh guru cemerlang itu di mana beliau sentiasa membuat perkongsian terhadap segala bahan-bahan inovasi pengajarannya kepada semua pihak yang memerlukannya. Begitu juga dengan penampilannya. Penampilannya sebagai seorang guru terserlah dan sesuai dengan status guru cemerlang yang dipegangnya.
Guru cemerlang tersebut juga merupakan seorang yang tabah dan tidak pernah kenal erti jemu. Beliau sering membuat kajian-kajian mengenai kaedah pengajaran terhadap dirinya bagi diaplikasikan dalam pengajarannya. Boleh dikatakan setiap tahun beliau akan menghasilkan inovasi pengajaran untuk dipertandingkan. Sewajarnya setiap guru mempunyai anggapan bahawa satu perkara yang sukar akan menjadi mudah jika dilakukan secara kerap. Bagi guru cemerlang itu, alah bisa tegal biasa. Kemungkinan sejarah kehidupan lalu telah menjadi pendorong kepada beliau untuk terus maju dalam kehidupan. Beliau tidak mahu melihat generasi akan datang hidup tersepit di bawah arus kemiskinan. Oleh itu beliau jadikan kehidupan lalunya sebagai pendorong untuk maju selangkah demi selangkah ke hadapan. Ketabahan yang dimilikinya juga merupakan ciri-ciri yang perlu ada pada seorang guru yang cemerlang.
Faktor kekangan masa sering menjadi penghalang kepada seseorang untuk berjaya dalam apa juga bidang yang diceburi. Berbeza pula dengan apa yang dimiliki oleh guru cemerlang ini. Beliau sentiasa bertindak pantas dalam menjalankan kerjanya. Jika kita sering bertangguh maka kerja yang kita laksanakan tidak akan dapat disiapkan sepenuhnya. Penglibatan guru cemerlang ini bukan sahaja bertumpu di dalam bilik darjah sahaja kerana beliau juga terlibat dengan sesi ceramah, bengkel dan mesyuarat-mesyuarat yang perlu dihadiri di pelbagai peringkat. Kekangan masa ini tidak dijadikan alasan untuk beliau menghasilkan inovasi pengajaran dan membuat kajian tindakan untuk kemajuan anak-anak muridnya. Kepakaran yang dimilikinya bukan sahaja dapat digunakan untuk kepentingan murid-muridnya malah golongan pendidik lain di luar kawasan sekelilingnya. Sebagai seorang guru, kita seharusnya mempunyai kualiti yang khusus dan konsisten supaya dipandang mulai oleh masyarakat. Ciri-ciri personaliti seperti menepati masa, berupaya mewujudkan suasana kecindan atau humorous (jenaka) dan tegas warjar diamalkan oleh seseorang guru yang cemerlang.
Kepentingan inovasi bukan sahaja dapat dimanfaatkan kepada murid-murid sahaja malah kepada golongan pendidik semua. Bagi guru cemerlang itu, antara manfaat inovasi yang pernah diperolehi oleh muridnya hasil daripada inovasi yang diciptanya adalah menjadikan inovasinya itu sebahagian daripada rutin murid-muridnya di sekolah. Melalui kaedah Rhajin contohnya. Murid-murid pra sekolah guru cemerlang ini menjadikan rutin setiap pagi adalah membaca. Program bacaan melalui kaedah tersebut telah menjadi sebahagian daripada perkara yang perlu dilakukan oleh murid-muridnya. Selain itu, inovasi itu penting diamalkan oleh setiap guru kerana ianya dapat membantu meningkatkan prestasi pelajaran murid-murid. Tahap kebolehan murid yang pelbagai memaksa guru mempelbagaikan kaedah dan pendekatan pengajaran. Melalui inovasi pengajaran maka murid-murid akan melalui lebih daripada satu pengalaman dalam mengetahui atau menguasai satu-satu pengetahuan itu. Jika banyak kaedah yang digunakan untuk menyelesaikan satu-satu masalah pengajaran itu, tentu masalah itu akan dapat diselesaikan.
Penggunaan ICT dalam pengajaran dilihat dapat menarik minat murid untuk belajar. Murid lebih memberikan perhatian terhadap isi kandungan yang hendak dicampaikan oleh guru. Tidak secara langsung, mereka akan berminat untuk hadir ke sekolah. Hal ini dapat dibuktikan oleh guru cemerlang itu di mana beliau menggunakan ICT sebagai bahan inovasi pengajarannya. Murid-murid beliau sangat berminat untuk belajar dan hadir ke sekolah. Kesannya pencapaian murid-murid beliau dapat ditingkatkan sehingga semua murid dapat membaca dengan lancar sebelum melangkah ke tahun 1.
Kecemerlangan Komunikasi adalah suatu bidang yang amat perlu dikuasai oleh warga guru sebagai suatu senjata utama dalam melaksanakan tugas menyebarkan ilmu dan kemahiran kepada murid-murid. Antara perkara yang perlu dikuasai oleh seseorang guru cemerlang berkaitan dengan komunikasi termasuklah kecekapan berinteraksi dan menyampaikan idea dan mesej secara berkesan. Guru cemerlang yang telah ditemu bual juga merupakan seorang yang mahir berkomunikasi. Buktinya, beliau sering terlibat dengan sesi ceramah, bengkel, mesyuarat dan menjadi pembentang kertas-kertas kerja atau kajiannya kepada pihak umum. Komunikasi berkesan bukan sahaja penting ketika menyampaikan pelajaran kepada murid-murid di dalam bilik darjah malah diperlukan ketika proses menyalurkan maklumat pendidikan kepada pihak yang lain.
Menurut guru cemerlang yang ditemu bual, kejayaan pelajar menjadi kayu pengukur dalam menentukan kejayaan sesebuah inovasi pengajaran. Guru pelatih misalnya, mereka perlu mula mengamalkan pengajaran dan pembelajaran yang inovatif dan lebih kreatif supaya murid berupaya menyelesaikan segala masalah dengan lebih professional, berkeyakinan dan berkemahiran. Guru baru juga perlu lebih mengunakan pengajaran yang cenderung kepada penyelesaian masalah dan menggunakan strategi yang berpusat kepada pelajar
Kesimpulannya, kecemerlangan murid adalah bergantung kepada kecemerlangan seseorang guru yang mengajar mereka. Andai murid diajar oleh guru yang memiliki dan mengamalkan ciri-ciri guru cemerlang, sudah tentu murid akan menjadi cemerlang. Murid yang cemerlang akan menjadi aset dalam negara kita ke arah negara maju menjelang 2020. Hasrat negara menjadikan negara ini negara maju yang dapat bersaing di peringkat dunia tidak mustahil kita nikmati sekiranya generasi yang ada sekarang dibekalkan dengan kekuatan minda dan fikiran yang kreatif sebagai persediaan.
Komentar
Posting Komentar