NOTA RINGKAS EDU3093

TAJUK 1 : ISU DAN CABARAN PENDIDIKAN SEMASA

Integrasi Nasional
-       Merupakan proses penyatuan antara kumpulan manusia yang berbeza latar belakang, status sosial dan budaya untuk membentuk entiti yang mempunyai norma, sistem nilai dan mengamalkannya bersama.
-       Integrasi nasional merujuk kepada satu proses dinamik untuk merapatkan masyarakat berbilang kaum di Malaysia

Isu-isu yang berkaitan dengan perpaduan dan integrasi nasional:
1.     Tindakan kerajaan yang dilihat sebagai diskriminasi oleh kaum-kaum lain.
2.     Kurangnya sensitiviti dan toleransi terhadap agama-agama lain.
3.     Kurangnya semangat patriotisme dalam kalangan masyarakat.
4.     Peningkatan kes gelaja sosial
5.     Pembangunan ekonomi yang tidak seimbang.
6.     Peranan media massa yang mensensasikan isu perpaduan

Sekolah Wawasan
-       menggabungkan tiga buah sekolah berlainan aliran dalam satu kompleks iaitu pelajarnya berkongsi kemudahan.
-       Tujuan : mengeratkan perpaduan dalam kalangan murid.
-       Penyatuan murid menggunakan satu bahasa yang sama iaitu bahasa kebangsaan
-       Dalam masa yang sama, murid dapat memahami budaya, bahasa dan pemikiran kaum lain.

Peranan Guru Menangani Isu Integriti Nasional
1.     Memperkasa bahasa kebangsaan.
-       Guru galakkan penggunaan bahasa kebangsaan dan jadikan bahasa sebagai bahasa perpaduan.
-       Guru berusaha tanam rasa cinta BM dalam diri murid2
-       Guru mengadakan program Wacana Ilmu, Minggu Bahasa Kebangsaan, Pertandingan Pidato dll.
2.     Memantapkan perpaduan negara dan integrasi nasional.
-       KPM perkenalkan RIMUP bertujuan menggalakkan penyertaan masyarakat setempat guru, murid dan warga sekolah dalam aktiviti sekolah.
-       RIMUP dapat mewujudkan suasana muhibbah, kerjasama, toleransi antara murid pelbagai kaum dan berkongsi kemudahan untuk menjayakan kegiatan khas bersama-sama.
3.     Memupuk kecintaan kerhadap seni, warisan, budaya dan bangsa.
-       Guru galakkan murid libat diri dalam aktiviti koku seperti Kempen Cintakan Warisan Seni, Kempen Kibar Jalur Gemilang dll.
-       Guru beri peluang semua murid pelbagai kaum berinteraksi dalam pelbagai aktiviti di sekolah.

Konsep 1Malaysia
-       8 nilai murni yang terkandung dalam konsep 1 Malaysia iaitu budaya kecemerlangan, ketabahan, rendah diri, penerimaan, kesetiaan, meritokrasi, pendidikan dan integriti yang diharap dapat menyatupadukan rakyat Malaysia.
-       Dengan perlaksanaan 1 Malaysia, semua rakyat harus mendasari prinsip-prinsip utama iaitu kebersamaan (togetherness) dan kekitaan (sense of belonging) bagi mencapai konsep ini.

Pendemokrasian Pendidikan
-       Merujuk kepada penyediaan peluang yang terbuka untuk setiap orang bagi memperoleh kejayaan dalam pendidikan dan menjadikan pendidikan sebagai ejen bagi meningkatkan kejayaan dan kualiti hidup.
-       Ahmad Fauzi (1997), pendemokrasian pendidikan yang dimaksudkan bukanlah sekadar pendemokrasian sahaja tetapi persamaan hak yang sama rata dari segi peluang mendapat pendidikan yang bermutu (democratization of access to quality education).
-       Dalam konsep pendemokrasian pendidikan, dasar-dasar penting telah dibentuk.

Dasar-dasar pendemokrasian pendidikan di Malaysia:
1.     Perlaksanaan pendidikan wajib pada peringkat asas.
2.     Perlaksanaan sekolah vernakular (sekolah Tamil dan Cina).
3.     Pendidikan selama 13 tahun.
4.     Sekolah teknikal, asrama penuh, pendidikan khas, swasta dan sek agama.
5.     Peluang Pendidikan Jarak Jauh (PJJ) peringkat tinggi.
6.     Pendidikan sepanjang hayat.

Dalam melaksanakan pendemokrasian pendidikan, terdapat beberapa cabaran yang perlu dihadapi:
-       Penyediaan infrastruktur yang lengkap dan mencakupi untuk semua pelajar.
-       Kemudahan asas sekolah dari segi bilangan bilik darjah, buku teks, pusat sumber dan sebagainya.
-       Sumber tenaga kerja (bilangan guru siswazah dan bukan siswazah).

a.     Cabaran pendemokrasian pendidikan dapat dicapai jika sekolah dapat menikmati peluang untuk meningkatkan mutu pengajaran bilik darjah.
b.     Hal ini boleh diperoleh dengan penubuhan PKG yang membolehkan guru berinteraksi dan mengenal pasti kelemahan dalam pnp
c.     Guru perlu memupuk ekuiti gender untuk wujudkan suasana seimbang untuk kedua-dua jantina.
d.     Guru perlu bersikap adil dan tidak memilih kasih terhadap jantina tertentu.

Tonggak Pendidikan UNESCO
          Organisasi Pendidikan, Keilmuan, dan Kebudayaan PBB (bahasa Inggeris: United Nations Educational, Scientific and Cultural Organization, disingkat UNESCO)
          Ditubuhkan pada tahun 1945
          Dianggotai 191 buah negara

Tujuan UNESCO
          Mendukung perdamaian dan keamanan dengan menjalinkan kerjasama antara negara-negara ahli melalui pendidikan, ilmu pengetahuan, dan budaya dalam usaha meningkatkan rasa saling menghormati yang berlandaskan kepada keadilan, peraturan hukum, hak asasi manusia, dan kebebasan hakiki.

Program UNESCO
          Pendidikan
          Ilmu Alam (Natural Science)
          Ilmu sosial & manusia (Human Science)
          Budaya,
          Komunikasi & informasi

Tonggak Pendidikan UNESCO
          Belajar untuk menguasai (learning to know),
          Belajar untuk menguasai ilmu (learning to do)
          Belajar untuk menjadi insan berguna (learning to be)
           Belajar untuk harmoni dan kerjasama (learning to live together).

Belajar untuk menguasai ilmu (learning to know)
          Memahami dunia sekeliling untuk memperkembangkan kemahiran kerjayanya serta komunikasi dengan orang lain.
          Belajar untuk memperkembangkan tumpuan, kemahiran ingatan dan kebolehan berfikir seseorang.
          Murid perlu bijak untuk belajar dan guru perlu tahu untuk mengajar.



Belajar untuk menguasai kemahiran (learning to do)
          Maksud - pendidikan dapat melengkapkan pelajar dengan kemahiran-kemahiran untuk diaplikasikan dalam bidang pekerjaan kelak.
          Cabaran -
1.     Bagaimana memahirkan pelajar dalam kompetensi peribadi agar mereka dapat memberikan perkhidmatan terbaik?
2.     Bagaimana untuk mewujudkan kemahiran interpersonal sebagai satu kriteria dalam permohonan kerja?

Belajar untuk menjadi insan berguna ( learning to be)
          Maksud - Pendidikan harus menyumbang kepada pembentukan insan menyeluruh dari segi fizikal, intelek, rohani, emosi, kepekaan dan penghargaan kendiri.
          Cabaran -
1.     Bagaimana untuk menyediakan barisan pendidik yang bersedia untuk menghadapi transformasi pendidikan?

Belajar untuk harmoni dan bekerjasama (learning to live together)
          Pendidikan sebagai wadah untuk menjalinkan hubungan baik antara satu sama lain.


Globalisasi Dalam Pendidikan
          Merujuk kepada proses menyingkirkan batasan / sekatan kerajaan mengenai pergerakan antara negara supaya mewujudkan satu ekonomi dunia yang terbuka dan tanpa  sempadan. (Scholte, 2000 : 16)

Impak Globalisasi

Penggunaan bahasa Inggeris
          Bahasa ilmu dan bahasa pengantarabangsaan
          Digunakan sebagai bahasa komunikasi untuk berkongsi ilmu
          Perubahan peranan guru sebagai fasilitator dan bukan penyampai ilmu sepenuhnya.

Persaingan sihat dalam institusi pengajian
          Meningkatkan mutu pendidikan
          Menghasilkan reka cipta inovatif.
          Mewujudkan mata pelajaran baharu - Reka bentuk

Menyediakan peluang-peluang pendidikan
          Pendidikan jarak jauh
          Memperkembang bidang ilmu


Kesan
       Aliran tenaga buruh atau sumber manusia
          Meningkatkan pelajar yang berkemahiran tinggi.
          Mampu bersaing dari segi akademik dan kemahiran

Penguasaan pelbagai bahasa
          Mampu memberikan peluang kepada murid menguasai pelbagai bahasa
          Memberikan peluang untuk bersaing di negara luar
          Penemuan penyelidikan
          Perkongsian secara global
          Dapat ditambah baik dan diteliti oleh pakar untuk meningkatkan mutu pendidikan

Transformasi kurikulum
          Mengikut acuan negara
          Menyediakan murid yang bersedia menghadapi masa hadapan.

Usaha yang boleh dilaksanakan untuk menjayakan globalisasi dalam pendidikan

Guru :
          Meningkatkan profesionalisme
          Memperkaya idea baharu
          Merangsang murid ke arah berfikir minda kelas pertama

Murid :
          Sentiasa menjana idea
          Melaksanakan reka cipta dan inovatif
          Cuba mencari ruang dan peluang untuk maju ke hadapan

Kepelbagaian Budaya
       Cara hidup manusia dari segi pemikiran, kepercayaan dan perlakuan dalam sesuatu masyarakat yang diterima oleh ahli atau anggotanya serta diwarisi secara turun-temurun.
       Contohnya : kaum Melayu, Cina, India dan etnik lain.

Cabaran Kepelbagaian Budaya
       Sekolah kebangsaan yang mempunyai banyak etnik
       Maklumat tentang perubahan harus dijelaskan kepada semua agar tiada salah faham oleh masyarakat.

Langkah
       Penghayatan Rukun Negara
       Pendedahan tentang aspek-aspek kewarganegaraan dalam Pendidikan Moral
       Pengajaran subjek Kajian Tempatan dan Sejarah.

Cara Menangani
       Guru perlu fahami budaya muridnya.
       Guru perlu wujudkan peluang dalam kalangan murid untuk mengumpul maklumat tentang budaya yang berlainan.
       Guru menjalankan aktiviti yang positif tentang kaum dan etnik di Malaysia.

Pengaruh Perkembangan Teknologi Maklumat dan Komunikasi

Pengenalan
-       TMK digunakan sebagai alat untuk menyebarkan maklumat melalui audio, video dan dokumen daripada internet, bahan rujukan dan sebagainya.
-       Tmk mewujudkan situasi untuk pelajar mengalami kehidupan sebenar dalam bentuk simulasi secara maya.
-       Tmk digunakan untuk memanipulasi dan menganalisis data dan mewujudkan komunikasi tanpa sempadan dan masa.

Faedah TMK
-       Membolehkan pembentukan resos digital sepertii perpustakan digital iaitu guru dan pelajar dapat akses bahan penyelidikan dan bahan pengajaran tanpa mengira masa dan tempat.
-       Galakkan perkongsian bahan akademik.
-       Memperkembangkan kemahiran aras tinggi seperti kolaborasi di mana-mana sahaja serta penyelesaian masalah.
-       Menyediakan sumber tenaga kerja untuk masyarakat bermaklumat dan ekonomi global kini.

Pengaruh TMK
-       Sumber maklumat menambah ilmu pengetahuan dan kemahiran.
-       Permudah urusan perniagaan, pendidikan dan urusan harian.
-       Media pertukaran dan perkongsian idea atau pendapat.
-       Penggunaan internet sebagai media mengajar dalam kalangan guru melahirkan murid celik IT. (perpustakaan maya)

Cabaran
i.              Guru – berkebolehan, ketinggalan zaman
ii.             Murid – luar bandar, bandar
iii.           Media – pengaruh negatif, penyebaran maklumat palsu/fitnah
iv.            Sekolah – fasiliti, pantauan, kos selenggara
v.             Ibu bapa – luar bandar, bandar
vi.            Masyarakat – golongan elit, pendapatan sederhana, miskin

Cara atasi
-       Peranan ibu bapa awasi anak2 melayari internet.
-       Guru memberi pendidikan kebaikan dan keburukan internet.
-       Wujudkan budaya internet yang sihat.


Gejala Sosial
-       Merokok, lari rumah
-       Mencuri, menagih dadah
-       Menonton video lucah, rogol
-       Putus cinta, zina

Faktor wujud gejala sosial
-       Peranan ibu bapa
Terlalu manjakan  anak2, cara didikan tidak betul, pengasuh yang ambil alih t/jwb, masalah kewangan
-       Sikap pelajar itu sendiri
Pengaruh rakan sebaya,
-       Pengaruh media massa
-       Iklim bilik darjah
Pengajaran guru bosan

Cara atasi masalah gejala sosial
-       Peranan guru sebagai pembimbing
-       Guru mengukuhkan nilai2 murni membentuk modal insan. Penerapan nilai melalui program kem motivasi, aktiviti amal jariah, unit beruniform dll.
-       Peranan kaunseling (kelompok, individu atau PRS)
-       Penguatkuasaan undang2 (kerjasama dengan pihak polis)
-       Guru guna pelbagai strategi pnp untuk menarik minat murid untuk datang sekolah.
-       Guru peka, prihatian dan menunjukkan kasih sayang terhadap pelajar

  





TAJUK 2 : GURU DAN PERUNDANGAN

Peraturan-peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993

Matlamat
·         Supaya pegawai awam melaksanakan tugas dengan cekap, beramanah & bertanggungjawab.
·         Supaya pegawai awam meletakkan kepentingan awam lebih drpd kepentingan mereka sendiri.
·         Supaya pegawai awam menjaga imej perkhidmatan awam.
·         Menghukum pegawai yg melakukan kesalahan atau melanggar peraturan.
Secara umum, Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993 (pindaan 2002) mengandungi peraturan-peraturan seperti berikut:
·         Peraturan mengenai tatakelakuan serta larangan / kesalahan khusus.
·         Tanggungjawab serta tugas kawalan & pengawasan tatatertib.
·         Prosedur &tindakan tatatertib.
·         Hukuman tatatertib.
·         Peruntukan pelbagai yg berkaitan.

Peraturan-peraturan Tatakelakuan dan Tatatertib Secara Umum :
·         Peraturan 4(1)
ü  Sentiasa memberikan kesetiaan kpd Yang di-Pertuan Agong, negara & kerajaan.
ü  Ditegah bersubahat dgn musuh Negara.
ü  Ditegah membocorkan rahsia Negara.
ü  Ditegah memperkecil dasar serta tindakan kerajaan.
ü  Ditegah berlakon dlm filem yg memburukkan Negara.

·         Peraturan 4(2)
ü  Tidak boleh membelakangkan tugas demi kepentingan peribadi.
ü  Tidak boleh berkelakuan kepentingan peribadi bercanggah dgn kepentingan awam.
ü  Tidak boleh menggunakan kedudukan utk kepentingan peribadi.
ü  Menjaga nama baik profesion.
ü  Perlu cekap & sentiasa berusaha menyelesaikan tugas.
ü  Jujur, amanah & bertanggungjawab.
ü  Tidak boleh menggunakan pengaruh untuk memberi tekanan dlm menyokong sebarang tuntutan untuk diri sendiri /orang lain.
ü  Melaksanakan apa yg disuruh & tidak cuai dlm melaksanakan tugas.

Tatakelakuan yang Ditegah Sama Sekali atau Boleh Dibuat dengan Kebenaran

·         Peraturan 4A (Gangguan Seksual)
Tidak boleh melakukan gangguan seksual terhadap orang lain.  Gangguan seksual adalah:
ü  Segala keadaan yang akan menyebabkan seseorang yg waras tersinggung, terhina atau tergugat.
ü  Tidak terhad kpd perlakuan di tempat kerja atau dlm waktu kerja.
ü  Termasuk kpd perbuatan menyatakan sesuatu pernyataan yg bersifat seksual kepada atau di hadapan orang.
ü  Tidak kira sama ada lisan, bertulis / apa jua perbuatan yg bersifat seksual kpd orang lain.

·         Peraturan 5 (Pekerjaan Luar)
·         Tertakluk kepada tatakelakuan yang berkaitan dengan pekerjaan luar. Tidak boleh mengambil bahagian dalam apa jua urusan berkaitan dgn kerja luar. (dibolehkan dengan kebenaran ketua jabatan). Ketua jabatan boleh tidak membenarkan jika:
ü  Dlm waktu pejabat / semasa menjalankan tugas rasmi
ü  Tidak menjejaskan kebergunaan sbg pegawai awam.
ü  Tidak bercanggah dgn kepentingan perkhidmatan awam.

·         Peraturan 23 (Ketidakhadiran Tanpa Cuti)
ü  Bermaksud seorang pegawai tidak hadir untuk apa-apa tempoh masa dan di tempat sepatutnya beliau hadir untuk tugas rasmi. Dlm erti kata lain, guru dilarang tidak hadir ke sekolah tanpa cuti.
ü  Boleh dikenakan tindakan tatatertib.
ü  Contoh : pegawai tidak berada di tempat kerja selepas mengetip kad perakam dan muncul semula pada waktu petang.

·         Peraturan 23 (Peraturan-peraturan Lain Yang Berkaitan)
Antara peraturan yang ditetapkan:
ü  Perlu mematuhi etika pakaian.
ü  Dilarang menggunakan apa2 jenis dadah kecuali yg dipreskripsikan oleh pengamal perubatan.
ü  Tidak boleh menerima apa2 hadiah daripada individu atau kumpulan yg mempunyai kepentingan peribadi.
ü  Membuat pengisytiharan harta setiap 5 tahun sekali.
ü  Dilarang terlibat dgn perhutangan yg serius & tidak boleh meminjamkan wang kpd pihak lain dgn mengenakan faedah atau cagaran lain.
ü  Dilarang membuat pernyataan awam secara lisan / bertulis berhubung dgn dasar, rancangan & keputusan kerajaan.
ü  Tidak dibenarkan terlibat dgn kegiatan politik. Perlu mendapat kebenaran daripada Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam atau ketua Setiausaha Kementerian Pelajaran.

Tindakan Tatatertib
Sebagai penjawat awam, guru hendaklah mematuhi peraturan yg termaktub dlm undang2 dan perlanggaran akan menyebabkan tindakan tatatertib dikenakan. Satu jawatankuasa akan dibentuk tidak kurang daripada 2 anggota & anggota jawatankuasa penyiasat adalah mereka yg menjawat jawatan lebih tinggi drpd mereka yang disiasat. Hukuman yg dikenakan termasuklah:
·         Amaran (diberi secara lisan & bertulis oleh ketua jabatan).
·         Denda atau lucut hak emolumen1(denda yang dikenakan tidak boleh melebihi amaun yang sama banyak dgn emolumen bagi tujuh hari pegawai berkaitan. Denda atau lucut hak emolumen dipotong daripada emolumen bulanan pegawai &dimasukkan dalam hasil kerajaan.
·         Tangguh pergerakan gaji (tiada pergerakan gaji dalam tempoh hukuman).
·         Turun Gaji (gaji turun secara mendatar, tidak melebihi tiga pergerakan gaji, tempoh hukuman tidak kurang daripada dua belas bulan dan tidak lebih tiga puluh enam bulan).
·         Turun pangkat (dijalankan oleh pihak berkuasa tatatertib).

Akta Pendidikan 1996

Peraturan-peraturan baru mulai 1 Januari 1998 :
ü  Peraturan2 Pendidikan (Kurikulum Prasekolah) 1997;
ü  Peraturan2 Pendidikan (Peperiksaan n Penganugerahan
ü  Sijil/Diploma Politeknik) 1997;
ü  P’aturan2 Pendidikan (Peperiksaan, Penilaian n Persijilan)
ü  (Maktab Pendidikan Guru) 1997;
ü  Peraturan Pendidikan (Kursus Pengajian n Program Lat.)
(Maktab Pendidikan Guru) 1997;
ü  P’aturan2 Pend (Kurikulum Kursus Pengajian Program
Latihan Di Politeknik) 1997;
ü  Peraturan Pendidikan (Kurikulum Kebangsaan) 1997;
ü  Peraturan2 Pendidikan (Pendidikan Khas) 1997;
ü  Peraturan Pendidikan (Penilaian Peperiksaan) 1997;
ü  Peraturan2 Pendidikan (Penilaian Peperiksaan) (Pindaan)1998;
ü  P’aturan2 Pendidikan (Pendaftaran Institusi Pendidikan) 1997.

Konsep :
Ø  Sebagai persediaan menghadapi perubahan pendidikan abad ke-21.
Ø  Suatu Akta untuk mengadakan peruntukan bagi pendidikan dan bagi perkara-perkara yang berkaitan dengannya.  [31hb Disember 1997]
Ø  Perundangan pendidikan yang lengkap, dikemas kini dan bersifat futuristik.
Ø  Memenuhi aspirasi wawasan 2020.
Ø  Dilaksanakan melalui Sistem Pendidikan Kebangsaan :
Ø  Bahasa Kebangsaan sebagai bahasa pengantar utama.
Ø  Misi untuk menghasilkan satu sistem pendidikan bertaraf dunia.
Ø  Menegaskan ilmu penentu utama arah tujuan Negara dan penyelamat bangsa.
Ø  Berperanan penting dalam menjayakan wawasan Negara dan mencapai taraf Negara maju.
Ø  Selaras dengan Dasar Pendidikan Kebangsaan yang berlandaskan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
Ø  Matlamat pendidikan Negara :membolehkan masyarakat Malaysia menguasai ilmu, kemahiran dan nilai murni.
Ø  Selaras dengan Kurikulum Kebangsaan dan prinsip Rukun Negara.
Ø  Ambil kira prinsip am : murid harus dididik mengikut hasrat ibu bapa masing-masing.

Sistem Pendidikan Kebangsaan :
§  Pendidikan rendah
§  Pendidikan menengah – rendah & tinggi
§  Pendidikan lepas menengah
§  Pendidikan tinggi – diploma & ijazah
§  Pendidikan lain – teknik & politeknik
§  Pendidikan guru

Sekolah :

a)    Sekolah Bantuan Kerajaan
-       Terima sumbangan modal dan sumbangan bantuan penuh.



b)    Sekolah Jenis Kebangsaan
-       Bahasa pengantar utama – (Bahasa Cina atau Bahasa Tamil)
-       Bahasa Kebangsaan dan Bahasa Inggeris – mata pelajaran wajib.

c)    Sekolah Kebangsaan
-       Bahasa pengantar utama – Bahasa kebangsaan.
-       Bahasa Inggeris – mata pelajaran wajib.
-       Pengajaran Bahasa Cina dan Bahasa Tamil disediakan.

d)    Sekolah swasta
-       Pembiayaan sepenuhnya dilakukan oleh pihak persendirian.

e)    Sekolah Kerajaan
-       Ditubuhkan dan diselenggarakan sepenuhnya oleh kerajaan. 

Pendidikan Khas :
Tempohnya tidak boleh kurang daripada tempoh minimum pendidikan rendah dan menengah.
Kurikulum yang ditetapkan perlu patuhi kurikulum kebangsaan.
Kurikulumnya hendaklah munasabah dari segi praktiknya.

Pengajaran Agama Selain Agama Islam :
*       Murid tidak boleh ikuti pengajaran agama selain agama dianutinya.
*       Sekolah boleh laksanakan pengajaran agama selain A. Islam.
*       Pengajaran agama lain boleh diikuti dengan keizinan ibu bapanya secara bertulis.
*       Peruntukan tidak boleh dibiayai oleh kerajaan.


Akta OKU 2008

BAHAGIAN IV
Penggalakan Dan Pembangunan Kualiti Hidup Dan Kesejahteraan Orang Kurang Upaya

Bab 1    : Kebolehaksesan
Bab 2   : Habilitasi Dan Rehabilitasi
Bab 3   : Kesihatan
Bab 4   : Perlindungan Orang Dengan Ketidakupayaan
              Yang Teruk
Bab 5   : Keadaan Berisiko Dan Kecemasan
              Kemanusiaan
Bab 6   : Am

Bab 1  : Kebolehaksesan
          Akses kpd rekreasi, sukan & santai
          Akses kemudahan, ameriti (keselesaan), perkhidmatan & bangunan awam
          Akses kemudahan pengangkutan awam
          Akses pendidikan – boleh lanjutkan pelajaran
          Akses pekerjaan – majikan layan sama rata
          Akses maklumat, komunikasi & teknologi
          Akses kpd kehidupan berbudaya – tv, teater

Bab 2  : Habilitasi Dan Rehabilitasi
          Habilitasi & rehabilitasi (pemulihan)
          Perkhidmatan di rumah, kediaman & sokongan komuniti lain – elakkan pengasingan OKU
          Habilitasi & rehabilitasi – supaya dapat berdikari secara maksimum

Bab 3  : Kesihatan
          Akses kesihatan
          Pencegahan drpd berlakunya ketidakupayaan selanjutnya
          Pengadaan personel kesihatan – khidmat jurupulih



Bab 4  : Perlindungan Orang Dengan Keupayaan Yang Teruk
          Perlindungan sepanjang hayat & sistem sokongan sosial
          Pengertian ‘org dgn ketidakupayaan teruk’ – bergantung sepenuhnya pada org lain utk kehidupan asas

Bab 5  : Keadaan Berisiko Dan Kecemasan
          Akses kepada bantuan – dapatkan bantuan sama rata cth kemalangan

Bab 6  : Am
          Pencegahan anamoli – hapuskan kesulitan yg disebabkan akta terdahulu
          Kekecualian & peralihan
          Kuasa membuat peraturan - menteri
          Akta Pihak berkuasa Awam 1948
          Perlindungan thdp tindakan guaman & prosiding undang2
          Perkara yang dilakukan dlm menjangkakan akta ini diperbuat

Fokus Akta Dalam Bidang Pendidikan

Kebolehaksesan Pendidikan Oku
1)     OKU tidak boleh dikecualikan daripada sistem pendidikan umum atas asas ketidakupayaaan

2)    kanak2 OKU tidak boleh dikecualikan daripada pendidikan pra sekolah, rendah, menengah & tinggi atas asas kesetaraan dengan orang / kanak-kanak upaya  termasuk latihan vokasional & pembelajaran sepanjang hayat. 

3)    Kerajaan & penyedia pend swasta hendaklah membolehkan
-       orang & kanak2 kurang upaya melanjutkan pelajaran, sedia penyesuaian munasabah dengan keperluan orang & kanak2 oku dari segi antara lain, prasarana, kelengkapan & bahan pengajaran, kaedah pengajaran, kurikulum & bentuk sokongan lain yang memenuhi pelbagai keperluan oku

4)    Kerajaan dan penyedia pendidikan swasta hendaklah mengambil langkah yang sesuai untuk membolehkan orang @ kanak2 oku pelajari kemahiran hidup & pembangunan sosial bagi memudahkan penyertaan penuh & setara mereka dalam pendidikan termasuk :
  1. Utk mudahkan  pembelajaran Braille, skrip alternatif, kaedah agumentatif & alternatif, cara & format komunikasi & kemahiran orientasi & mobiliti & mudahkan sokongan rakan sebaya & pementoran.
  2. Mudahkan pembelajaran bahasa isyarat Malaysii & penggalakan identiti linguistik komuniti org pekak
  3. pastikan pend org & khususnya kanak2 yg buta, pekak atau pekak-buta disampaikan dalam bahasa, kaedah dan cara komunikasi yang paling sesuai bagi individu & dalam persekitaran yang memaksimumkan pembangunan akademik & sosial


Peraturan-peraturan Pendidikan
(Pendidikan Khas) 1997

Murid Bekeperluan khas – murid yg diperakui ahli perubatan, ahli optik, audiologi/psikologi sama ada kerajaan atau tidak
          Ketidakupayaan penglihatan
          Ketidakupayaan pendengaran
          Ketidakupayaaan pertuturan
          Ketidakupayaan fizikal
          Masalah pembelajaran
          Mana-mana kombinasi ketidakupayaan di atas

Pendidikan Khas
Pendidikan khas - pendidikan bagi murid berkeperluan khas di suatu sekolah khas, di sekolah yg melaksanakan program pend khas integrasi / program pendidikan inklusif pada peringkat :
          pra sekolah
          rendah
          menengah
          lepas menengah

Program Pendidikan Inklusif
          Program pendidikan murid berkeperluan khas dihadiri murid berkeperluan khas  bersama-sama murid lain dalam kelas sama di sekolah kerajaan / bantuan kerajaan



Program Pendidikan Khas Integrasi
          Program pendidikan murid berkeperluan khas yg hanya dihadiri oleh murid berkeperluan khas di sekolah kerajaan/ bantuan kerajaan

Rancangan Pendidikan Individu
          Rekod butiran sebagaimana yang ditentukan oleh Ketua Pendaftar yg menyatakan tentang rancangan pendidikan bagi setiap murid berkeperluan khas

Pelaksanaan Pendidikan Khas
          Mana-mana org yg terlibat dlm pelaksanaan PK hendaklah gunakan Kurikulum Pend. Kha
          Guru hendaklah guna Rancangan Pend Individu
          Guru boleh buat pengubahsuaian kpd (ikut kurikulum PK):
          Kaedah/ teknik pengajaran
          Masa setiap aktiviti
          Susunan aktiviti
          Bahan bantu mengajar


TAJUK 3 : TEKANAN EMOSI DALAM KALANGAN MURID

Tanda-tanda Awal Gangguan Emosi

Definisi
ü  Satu situasi yang menunjukkan satu atau lebih karasteristik oleh murid-murid.
ü  Kamus Dewan :  akibat konflik yang tidak dapat diselesaikan, yang dicirikan dengan keresahan sama ada melalui pertuturan atau perlakuan tertentu.

Tanda-tanda masalah emosi
       Tidak hadir ke sekolah tanpa sebarang sebab munasabah
       Selalu mengantuk atau tertidur di dalam kelas
       Sentiasa kelihatan letih
       Kerap sakit perut
       Mudah diserang penyakit
       Duduk dalam keadaan yang tidak selesa
       Pencapaian akademik yang semakin merosot
       Sering berasa cemas, takut dan benci
       Konsep kendiri yang lemah
       Bertindak tidak wajar disebabkan tekanan perasaan
       Suka bergaduh
       Kerap berbohong
       Bertindak liar untuk menarik perhatian
       Tindak balas kurang matang
       Berperawakan ganjil
       Membela diri secara tidak menentu
       Menunjukkan perasaan dengki\Mengkritik secara keterlaluan
       Suka termenung atau berkhayal

v  Kebiasaannya seseorang yang merasa emosinya terganggu adalah kerana:
ü  Kecemasan dan marah
ü  Sukar tunjukkan emosi tertentu
ü  Alami kesulitan
ü  Konflik

2 Jenis;
Positif
Negatif

Gangguan emosi boleh dikategorikan kepada 3 kumpulan iaitu;

1.     Gangguan emosi ringan
Tidak terlalu kelihatan pada ciri-ciri dari luarannya. Murid dapat mengawal dirinya.

2.     Gangguan emosi sederhana
Akan lebih kelihatan.
Kebiasaannya perasaaan marah, takut atau sedih menjadi perkara normal pada murid. Contoh : murid pergi tandas seorang diri, berasa takut sehingga menangis, marah pada guru. Kesannya sanggup tahan sehingga terkencing.

3.     Gangguan emosi berat
Jelas kelihatan dari luar. Janggal dari tingkah laku asal/ kebiasaan. Contoh : ketika murid sedang marah, dia akan mengamuk, menjerit atau menyakiti dirinya sendiri.

Punca Gangguan Emosi
·         Persekitaran sekolah
·         Gaya pengajaran guru
·         Peristiwa dalam keluarga
·         Pengaruh keluarga
·         Pengaruh rakan sebaya
·         Tindakan guru

Langkah-langkah Menangani Gangguan Emosi
Ø  Peranan ibu bapa
Ø  Tindakan guru
Ø  Gaya pengajaran
Ø  Kepimpinan guru
Ø  Kefahaman terhadap minat dan sikap pelajar
Ø  Kerjasama
Ø  Penerapan nilai
Ø  Suasana ceria
Ø  Penerangan jelas

Peranan ibu bapa
-       Ibu bapa mengambil tahu masalah yang dihadapi oleh anak di sekolah. Perbincangan antara ibu bapa dan guru berkaitan anak yang mempunyai masalah dilakukan dari masa ke masa bagi menangani masalah anak secara bersama-sama.

Tindakan guru
-       Mengesan murid yang dikenal pasti mengalami gangguan emosi. Merujuk ke ahli psikologi, kaunselor, atau personel bertauliah bagi mendapatkan perkhidmatan psikologi dan kaunseling serta khidmat bimbingan yang diperlukan murid.

Kepimpinan guru
-       Guru perlu mahir dalam menguruskan bilik darjah. Guru perlu memastikan murid jelas dengan peraturan yang ditetapkan serta memahami dan bersetuju dengan peraturan tersebut.

Penganjuran Program
-       Program berbentuk pendidikan sebagai tindakan sokongan dalam pembentukan tingkah laku. Bertujuan membantu murid yang mempunyai masalah gangguan emosi bagi meningkatkan pencapaian akademik, kemahiran sosial dan mengawal tingkah laku serta untuk meningkatkan konsep kendiri.

Penerapan Nilai
-       Guru menggunakan modifikasi tingkah laku yang sesuai dengan murid. Peneguhan positif diberi kepada murid yang menunjukkan tingkah laku yang diingini serta menetapkan hukuman yang adil dan bersesuaian bagi murid yang melakukan kesalahan.



Gaya pengajaran
-       Murid diberi peluang mengenal pasti kesalahan atau tingkah laku yang tidak diingini. Murid diberi ruang oleh guru dan rakan sekelas yang lain untuk memperbaiki tingkah laku.

Hak Asasi Kanak-kanak
·         Menurut Hak Asasi Manusia, setiap warganegara layak mendapat peluang pendidikan;
·         Semua kanak-kanak berhak untuk belajar bersama-sama. Kanak-kanak tidak seharusnya diperkecil atau didiskriminasi
·         Orang dewasa yang kurang upaya, menggambarkan diri mereka sendiri sebagai orang-orang yang terselamat di sekolah khas, mendesak untuk mengakhirkan pengasingan. Tiada sebab-sebab perundangan untuk memisahkan kanak-kanak daripada pendidikan mereka.

Antara Hak Setiap Kanak-Kanak adalah seperti yang berikut;
·         untuk dilahirkan, untuk mempunyai nama dan kewarganegaraan;
·         untuk mempunyai keluarga yang akan menjaga dan menyayangi;
·         untuk tinggal di dalam komuniti dan persekitaran yang aman dan damai;
·         untuk mempunyai makanan yang mencukupi dan tubuh badan yang aktif dan sihat;
·         untuk mendapatkan pendidikan yang baik dan membentuk potensi diri;
·         untuk diberi peluang untuk bermain dan beriadah;
·         untuk dilindungi daripada penderaan, eksploitasi, kecuaian, keganasan dan bahaya;
·         untuk dipertahankan dan diberi bantuan oleh kerajaan;


TAJUK 5 : INOVASI DAN PERUBAHAN DALAM PENDIDIKAN

Strategi Pengajaran Inovatif

Definisi Inovasi
1.     Ronger E miller (1971)- idea, amalan atau objek yang dianggap baru oleh seseorang.
2.     Spencer (1994)- sesuatu yang dianggap baru dan lebih baik dari yang lama oleh seseorang individu.
Jenis Strategi p&p yang Inovatif
·         Pembelajaran Berasaskan  Projek (PBL)

Definisi
Ø  Pengajaran sistematik yang melibatkan pelajar melalui proses inkuiri lanjutan yang dibina berdasarkan soalan yang kompleks. :-  2 bentuk  - Projek ringkas  dan Projek jangka masa panjang. (Introduction to Project based Learning laman sesawang )
Ø  Strategi pengajaran yang melibatkan pelajar membuat aplikasi isi pelajaran berdasarkan masalah dengan pemikiran kritis. Masalah ditangani melalui perlaksanaan projek.(Project Based Learning: Laman sesawang)
Ø  Model P&P yang memberi penekanan kepada pembelajaran berpusatkan pelajar
Ø  Definisi khusus:
Fokus isi pelajaran
Pengalaman +  situasi sebenar = kemahiran + pengetahuan
Aplikasi pelbagai sumber maklumat
(Project based learning : Edutech Wiki )

Ciri-ciri PBL (Synteta,2001)
Ø  Pentaksiran asas prestasi
Ø  Guna alat kognitif
Ø  Impak dalam tingkah laku pelajar
Ø  Hasil yang positif
Ø  Isu sebenar di samping  amalan sebenar
Ø  Koperatif & kolaboratif
Ø  Berpusatkan pelajar
Ø  Bermula dengan  soalan yang mencabar
Ø  Gabungan beberapa MP
Ø  Jangka masa panjang
Ø  Berpusatkan kurikulum

Langkah Pelaksanaan PBL
Peranan Guru
Ø  Bantu pelajar kenal strategi pembelajaran
Ø  Guna soalan untuk bantu murid berfikir
Ø  Pastikan pelajar ada pengetahuan sebelum beri tugasan
Ø  Guna alat pengukuran informal untuk pentaksiran
Ø  Belajar teknik pengurusan yang terkini
Ø  Wujud suasana pembelajaran dan penerokaan. Bukan pertandingan/jawapan yang betul.

·         Pembelajaran Berasaskan  Masalah (PBM)

Ciri-ciri PBM
Ø  Pentaksiran berasaskan prestasi
Ø  Masalah realistik
Ø  Masalah mencabar
Ø  Perlu cari maklumat baharu untuk selesai masalah
Ø  Pelajar bertanggungjawab untuk belajar
Ø  Peranan Guru – bantu,bimbing, ikut keperluan
Ø  Pencarian maklumat  - pelbagai sumber
Ø  Proses kenal pasti isu PENTING untuk selesai masalah
Ø  Koperatif dan kolaboratif
Ø  Sintesis maklumat
Ø  Refleksi



Pembelajaran Elektronik (e-learning)

Definisi
Ø  Merujuk  kepada pembelajaran yang berlaku  dengan menggunakan komputer dan internet.
Ø  Merujuk kepada semua jenis pembelajaran yang dicapai melalui internet, jaringan  komputer, CD-ROM, televisyen interaktif atau sinaran melalui satelit.
Ø  Dikenali dengan pelbagai pendekatan nama:-
o      Online learning
o     Technology based learning
o    Web based training
o     Computer based learning
o     Computer based training
o     Technology enhanced learning
o     Computer supported  collaborative learning

Ciri-ciri e-learnin
Ø  Perlu kemahiran guna komputer
Ø  Ikut kadar kendiri pelajar
Ø  Ikut kehendak dan keperluan pelajar
Ø  Reka bentuk ikut keperluan pelajar dan penuhi gaya pembelajaran
Ø  Perlu ada capaian internet tanpa kira sempadan
Ø  Boleh capai lebih ramai pelajar




Jenis komunikasi dalam e-learning
Ø  Synchronous (Serentak)
-  Pertukaran idea, maklumat/perbincangan berlaku antara 2/lebih  peserta secara serentak  pada masa yang sama.
- chat, video konferensi, telekonferensi

Ø  Asynchronous (Tidak serentak)
- Pertukaran idea atau maklumat berlaku pada masa  tertangguh. Tindak balas pada masa berbeza.
- e-mel, SMS, MMS, forum maya, web

Bentuk Penyampaian
Ø  Cetak – petikan, jurnal, rencana, e-text, majalah(e-majalah), buku (text book)
Ø  Video – klip, rakaman, siaran satelit
Ø  Audio



Reka Bentuk Resos
       Suatu proses sistematik untuk mereka bentuk, membangun, melaksana dan menilai bahan pengajaran.
       Sains untuk mencipta spesifikasi resos pengajaran dengan terperinci untuk pengembangan, penilaian, penyelenggaraan.
       Memudahkan satu unit pembelajaran yang kecil/besar dalam p&p berasaskan bahan yang digunakan.

Model
·         Berorientasikan bilik darjah
ü  Model  ini tidak menggalakkan guru membina bahan.
ü  Guru hanya  memilih media yang bersesuaian dengan objektif pengajaran.
ü  Contoh-contoh model  bilik darjah : model Gelach dan Ely (1980), model Assure (1996), model Kemp (1985) dan model Dick dan Reiser (1989).

·         Berorientasikan produk
ü  Model Van Patten (1989)
ü  Model Leshin, Pollock dan Reigeluth (1990)
ü  Model Bergman dan Moore (1990)

·         Berorientasikan sistem
ü  Model IDI (1973)
ü  Model IPISD (1975)
ü  Model  Dick dan Carey (1979)
ü  Model Diamond (1989)
ü  Model Seels dan Glasgow (1990)
Peringkat
·         Analisis murid
ü  umur
ü  tahap / tingkatan
ü  latar belakang sosioekonomi
·         Nyatakan objektif
ü  Beri gambaran awal tentang bahan yang akan digunakan
ü  penyediaan bahan
ü  sediakan murid menerusi set induksi
ü  sediakan pengalaman pembelajaran

·         Penglibatan murid
ü  Libatkan murid dalam kaedah berkumpulan
ü  buat aktiviti seperti latih tubi, latihan
·         Penilaian
ü  meliputi pencapaian murid berdasarkan kemahiran, sikap dan objektif
ü  dapat melihat keberkesanan pembelajaran

Ciri-Ciri
·         Kos yang berpatutan
·         Hiasan berpada
·         Bersesuaian dengan pencapaian murid
·         Menepati arahan dan kurikulum
·         Mempunyai identiti kebangsaan

Jenis-Jenis
·         Berasaskan teknologi ICT
ü  e-buku
ü  e-majalah
ü  e-portfolio
ü  blog dan forum
·         Selain teknologi ICT
ü  bahan 2D
ü  bahan 3D

Kelebihan
·         Pembelajaran menyeronokkan
·         Lebih sistematik
·         Jimat masa
·         Pelbagai kaedah dan teknik
·         Boleh mengakses maklumat

Reka Bentuk Pentaksiran dan Penilaian
·         Merupakan satu proses menghasilkan nilai kuantitatif untuk tentukan peringkat pencapaian dan kedudukan dalam pembelajaran.
·         Merangkumi aspek pengujian dan pengukuran
·         Proses mengenal pasti, memperoleh dan menyediakan maklumat berguna bagi mempertimbangkan pilihan yang ada.

Tujuan
·         Buat perbandingan pencapaian pelajar antara subjek dengan subjek yang lain
·         bantu guru mengetahui keupayaan penguasaan pelajar
·         Buat perbandingan antara seseorang pelajar dan pelajar yang lain
·         Untuk menentukan aktiviti pemulihan dan pengayaan
·         Dapat memperbaiki segera kelemahan dalam sesuatu kemahiran

Prosedur Penilaian
·         persediaan ujian – pentadbiran ujian (pemilihan lokasi) – pemeriksaan dan pengukuran ujian – buat analisis – interpretasi/ dapatan/ tindakan

Reka Bentuk Penilaian Pendidikan Malaysia
·         Penilaian KBSR
ü  Penilaian berdasarkan ujian bulanan, akhir tahun, peperiksaan awam= UPSR, PTS
ü  Pencapaian diukur berdasarkan gred, peratus bagi mengenal pasti kedudukan di dalam kelas

·         Penilaian KSSR
ü  Penilaian berdasarkan ujian aptitud, PAJSK, psikometrik, portfolio dan berkomputer
ü  Pencapaian diukur berdasarkan rujukan Standard Band 1 – 6

Jenis-Jenis Penilaian
·         Sumatif
ü  tentukan penguasaan murid dalam keseluruhan kursus
ü  contoh = ujian akhir tahun, SPM, PMR. UPSR
·         Formatif
ü  mendapat gambaran secara holistik dan tepat mengenai prestasi murid
ü  dapat kesan punca kelemahan
ü  tentukan kesediaan murid untuk mengikuti pembelajaran seterusnya
ü  tingkatkan motivasi murid untuk belajar

Kaedah Reka Bentuk
·         Pemerhatian
ü  sikap, perlakuan, proses atau hasil kerja amali, lukisan, kraf tangan
·         Lisan
ü  Penguasaan pengetahuan, kefahaman, konsep, kemahiran, perlakuan amalan sikap murid
ü  melalui aktiviti soal jawab, perbincangan, kuiz, bercerita
·         Bertulis
ü  aktiviti menyemak dan memeriksa hasil tugasan murid
ü  melalui lembaran kerja bertulis, laporan projek, karangan, graf, peta, jadual dan carta.

TAJUK 6 : PENGURUSAN INOVASI DAN PERUBAHAN PENDIDIKAN

Strategi Pengurusan Inovasi dan Perubahan

STRATEGI PENGURUSAN
       Pengurusan perubahan merupakan aktiviti utama dalam memastikan matlamat organisasi berjaya dicapai
       Perubahan merupakan beberapa pendekatan dan model perubahan
       Perubahan dilakukan untuk memastikan pembangunan negara
       Antara dasar kerajaan untuk mengubah rakyat mencapai kejayaan – Dasar Pandang ke Timur

STRAEGI PERUBAHAN:
1.     Strategi Kekuasaan
2.     Strategi Pujukan
3.     Strategi Pendidikan Semula
4.     Strategi Memudah Cara

1.   Strategi Kekuasaan
          Pihak atasan berkuasa menggunakan autoriti formal dan kawalan untuk memaksa kumpulannya berubah seperti yang dirancang
          Menggunakan peneguhan positif dan negatif
          Contoh : kerajaan memperkenalkan  kad perakam waktu

2.   Strategi Pujukan
          Strategi yang memerlukan kemahiran interpersonal yang mantap
          Memerlukan logik dan kebijaksanaan bagi meyakinkan kumpulan sasaran tentang kepentingan dan kebaikan perubahan.
          Contoh: dalam membudayakan penggunaan TMK dalam  kalangan guru dan murid, agen perubahan perlu mempengaruhi kumpulan sasaran.

3.   Strategi Pendidikan Semula
          Strategi penggunaan maklumat baharu yang disediakan oleh agen perubahan dan menyerahkan maklumat tersebut kepada kumpulan sasaran untuk menentukan  rancangan mereka sendiri.
          Agen perubahan sebagai pendorong  kepada kumpulan untuk memikir, membuat refleksi, mengenal pasti kebaikan dan kelemahan tindakan
          Contoh: semakan semula kurikulum

4.   Strategi Memudah Cara
          Kumpulan sasaran menentukan rancangan yang dipilih oleh mereka dan agen perubahan akan menghantar sumber yang diperlukan kepada kumpulan sasaran.
          Tindakan untuk memastikan tiada halangan untuk membuat perubahan yang telah dirancang
          Contoh: pihak sekolah membekalkan kemudahan komputer untuk menjayakan pembelajaran berasaskan web

PEMBINAAN NEGARA BANGSA
ü  Proses pembinaan atau pembentukan sebuah negara bangsa menggunakan kuasa yang ada pada pemerintah
ü  Proses bertujuan untuk menyatupadukan rakyat tanpa mengira kaum dan lokasi sehingga wujud suatu persekutuan yang menjamin kestabilan politik dan mampu dipertahankan
ü  Antara hasrat PNB ialah pembinaan rakyat yang mempunyai jati diri dan imej Malaysia, modal insan  yang lengkap,
ü  Modal insan kelas pertama yang glokal dan sumber manusia yang berkualiti dan mampu mencorakkan hala tuju negara ke arah Wawasan 2020

PENGURUSAN PENDIDIKAN
§  Pendidikan merupakan asas dalam pembinaan modal insan bagi sesebuah Negara
§  Kecemerlangan negara bergantung kepada pendidikan
§  Pendidikan berjaya menjadi alat dalam membina kemajuan sesebuah negara melalui 3 aspek pendidikan
§  3 aspek :
o    Kepimpinan
o    Pengurusan bilik darjah yang kondusif
o    Landskap maklumat

Kepemimpinan:
          Kepimpinan menentukan perubahan dan kejayaan perubahan
          Ciri-ciri kepimpinan terpimpin
          Pemimpin memimpin
          Visi yang jelas dalam pengurusan perubahan
          Menubuhkan jawatankuasa pelaksana dan
      pasukan bertindak
          Menumpulkan perhatian khusus pada setiap
      perubahan yang dibuat
          Utamakan elemen kemanusiaan

Pengurusan Bilik Darjah Yang Kondusif:
          Elemen penting dalam perubahan pengurusan bilik darjah:
        Pendekatan berpusatkan murid
        Kemudahan pengajaran dan pembelajaran

Landskap Maklumat:
          Perkembangan TMK menjadi satu hambatan kepada pihak sekolah mengemas kini sistem maklumat dan komunikasi pada peringkat sekolah dalam memastikan warga sekolah memperoleh maklumat terkini.
          Perkara yang perlu diberi penekanan ialah pusat sumber dan peranan guru

TRANSFORMASI DALAM KURIKULUM
          Satu bentuk perubahan yang perlu dilakukan memandangkan asas bentuk perubahan yang hendak dibawa bermula di sekolah.
          Memerlukan pengetahuan dan pemahaman yang mendalam tentang hubung kait antara semua bahagian dalam pendidikan
          Perubahan pendidikan sekolah rendah daripada KBSR kepada KSSR

Sekolah Bestari:
Pendemokrasian pendidikan yang membuka peluang belajar kepada semua murid tanpa mengira status dan aras pencapaian dalam mencapai potensi sepenuhnya dalam cara yang paling sesuai dengan gaya pembelajaran murid.

Ciri-ciri Sekolah Bestari:
1.      Semua murid berupaya belajar mengikut keperluan dan gaya pembelajaran
2.      Penaksiran secara berterusan
3.      Guru besar bertindak sebagai pemimpin pendidikan dan disokong oleh tenaga pengajar
4.      Ibu bapa memainkan peranan dalam menyokong pendidikan bestari
5.      Persekitaran sekolah yang kondusif
6.      Guru adaptasi kurikulum kebangsaan dengan mengambil kira keperluan dan kebolehan murid

Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA)
Ø  Gagasan yang diperkenalkan oleh YAB Dato’ Seri Mohd Najib Tun Abd Razak yang menjadi piawai kepada pencapaian anggota pentadbiran dan penjawat awam.
Ø  NKRA yang ketiga ialah meluaskan akses kepada Pendidikan Berkualiti dan Berkemampuan
Ø  Empat sub -NKRA
o    Memperluas dan memantapkan pendidikan prasekolah
o    Meningkatkan kadar literasi dan numerasi
o    Mewujudkan sekolah berprestasi tinggi
o    Mengiktiraf pengetua dan guru besar yang berprestasi cemerlang

Adaptasi Pelbagai Inovasi dan Perubahan
1.     Latihan Perguruan
2.     Program Pensiswazahan Guru
3.     Kurikulum Transformasi
4.     Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT)

Perubahan Pendidikan

A.  LATIHAN PERGURUAN

1.     Naik Taraf Maktab Perguruan ke Institut Pendidikan Guru
Ø  Peringkat Sijil dan Diploma dinaik taraf kepada Ijazah
Ø  Bermula tahun 2006
Ø  Melatih juga KPLI

2.    Kurikulum Latihan Perguruan
a.     .Pendidikan Awal Kanak-kanak
b.     .Kemahiran Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK)
c.     Literasi dan Numerasi
d.     Kemahiran Insaniah
e.     Kompetensi Berbahasa Inggeris
f.     Pendekatan Terkini dalam Pengajaran dan Pembelajaran

1.     Pendidikan Awal Kanak-kanak:

Komponen Program Permata:
ü  Kurikulum Asuhan dan Didikan Awal Kanak-kanak Kebangsaan
ü  Kemudahan fizikal
ü  Tenaga pendidik
ü  Penglibatan ibu bapa

Pendidikan Prasekolah:
v  Kanak-kanak berusia 4-6 tahun
v  Kepentingan: menyediakan alam persekolahan kepada kanak-kanak
v  Konsep: Belajar Sambil Bermain dan Pembelajaran Bertema
v  Meletakkan pembelajaran melalui TMK sebagai satu elemn penting

2.   Kemahiran Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK)

Kepentingan TMK:
1.     Elemen yang diserap dalam komponen TMK:
§  Literasi Maklumat
§  Literasi Digital
§  Literasi Baharu
§  Literasi Komputer
§  Literasi Kritikal
§  Literasi Media

2.     Pembudayaan Penggunaan TMK di sekolah:
o    Sistem Maklumat Murid (SMM) dan Sistem Salah Laku dan Disiplin Murid (SSDM) (HEM)
o    Urusan penaziran (e-pantau)
o    e-nilam
o    Urusan perkhidmatan semua bahagian di BPG   (e-perjawatan dan e-pergerakan)
o    Urusan akademik (Program MOODLE)

3.   Literasi dan Numerasi
Ø  Proses Saringan
Ø  Modul pengajaran dan pembelajaran
Ø  Latihan Guru (Program IPG)
Ø  Meningkatkan komitmen pihak berkepentingan
Ø  Pemantauan dan penyeliaan
Ø  Penggunaan TMK ditekankan

4.   Kemahiran Insaniah
1)     Kemahiran Berkomunikasi
2)    Pemikiran Kritis dan Penyelesaian Masalah
3)    Pembelajaran berterusan dan pengurusan maklumat
4)    Kemahiran kerja berpasukan
5)    Kemahiran keusahawanan
6)    Etika dan moral profesional
7)    Kemahiran kepimpinan

5.   Kompetensi Berbahasa Inggeris
v  Bahasa pengantara pada peringkat antarabangsa
v  Penggunaan bahasa Inggeris menjadi antara kursus wajib dan satu keperluan
v  Dasar PPSMI diberhentikan dan KPM tidak berhasrat berpatah balik ke belakang
v  KPM menetapkan dasar pelaksanaan pendidikan prasekolah sebanyak 50% BM 50% BI

6.   Pendekatan terkini dalam P&P
ü  Kes metodologi
ü  Pengurusan portfolio
ü  Pembelajaran Berasaskan Projek (PBP/PBL)
ü  Pembelajaran Berasaskan Masalah
ü  Perubahan bilik darjah tradsional kepada moden
B.   PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU
PPG:
o    KPM mengambil langkah mensiswazahkan guru-uru
o    KPM mensasarkan 100% guru SM dan 50% guru SR
o    KPM telah mengadakan pelbagai program pensiswazahan:
ü  Program Khas Pensiswazahan Guru (PKPG)
ü  Pensiswazahan Guru Sekolah Rendah (PGSR)
ü  Program Pensiswazahan Guru Besar (PKPGB)

C.   KURIKULUM TRANSFORMASI
       Satu tindakan yang diambil demi memastikan pendidikan yang relevan dalam menghadapi pelbagai perubahan  dan cabaran dunia pada masa kini.
       Dimulakan dengan melaksanakan KSPK (2010) dan KSSR (2011) selaras dengan FPK yang berhasrat memperkembangkan potensi individu yang seimbang dalam aspek jasmani, emosi, rohani dan intelek berlandaskan prinsip-prinsip KBSR.
       Transformasi membawa maksud proses melakukan satu bentuk perubahan yang holistik berlandaskan kurikulum persekolahan sedia ada dengan mengambil kira keperluan-keperluan perubahan kepada aspek asas kurikulum yang mencakupi elemen:
ü   Struktur kandungan
ü   Pedagogi
ü   Peruntukan masa
ü   Kaedah pentaksiran
ü   Bahan kurikulum
ü   Pengurusan sekolah

Tunjang Kurikulum Transformasi:
v  Komunikasi
v  Kerohanian, sikap dan nilai
v  Kemanusiaan
v  Keterampilan diri
v  Fizikal dan estetika
v  Literasi sains dan teknologi

Kurikulum Transformasi:
Ø  Komunikasi: Penggabung jalinan kemahiran berbahasa semasa berinteraksi secara verbal dan non verbal dalam BM, BI, BC dan BT.
Ø  Kerohanian, sikap dan nilai: Penghayatan amalan agama, kepercayaan, sikap dan nilai.
Ø  Kemanusiaan: Penguasaan ilmu dan amalan tentang kemasyarakatan dan alam sekitar setempat, negara dan global serta penghayatan semangat patriotisme dan perpaduan.
Ø  Keterampilan diri: Pemupukan kepimpinan dan sahsiah diri melalui aktiviti kurikulum dan kokurikulum.
Ø  Fizikal dan estetika: Perkembangan jasmani dan kesihatan untuk kesejahteraan diri, pemupukan daya imaginasi, kreativiti, bakat dan apreasiasi.
Ø  Literasi sains dan teknologi: Penguasaan pengetahuan sains, kemahiran dan sikap saintifik.
o     Penguasaan pengetahuan dan kemahiran matematik.
o     Penguasaan pengetahuan dan kemahiran berasaskan teknologi.

D.   SEKOLAH BERPRESTASI TINGGI (SBT)
·         Sekolah yang mempunyai etos, watak, identiti tersendiri dan unik serta menyerlah dalam semua aspek pendidikan. Sekolah ini mempunyai tradisi budaya kerja yang cemerlang yang mampu melahirkan modal insan cemerlang berpersonaliti unggul.

SBT:
ü  Suasana P&P yang kondusif
ü  Menjadi suri teladan kepada sekolah-sekolah yang lain
ü  Memperoleh autonomi dan akauntabiliti dalam pengurusan pencapaian murid
ü  Menempatkan murid cemerlang yang mampu bersaing
ü  Program peningkatan profesional dalam kalangan pemimpin sekolah
ü  Layak menerima insentif kewangan

Sistem Kualiti Pendidikan Malaysia

·         Adaptasi inovasi
·         Pembangunan dalam sistem pendidikan negara
·         Diperakui / diiktiraf sebagai Piawai Pendidikan Kebangsaan (Sekolah
·         Dibangunkan oleh Jemaah Nazir Jaminan Kualiti (JNJK) pada tahun 2003

Tujuan
          Kecekapan pengurusan sekolah (peningkatan tahap pencapaian murid
          Sukatan aras tahap kecemerlangan kepada sekolah.
          Dasar besar negara
          -Pembangunan modal insan
          -Wawasan 2020
          Fokus pemantapan profesionalisme tenaga pendidik.
          Mencetuskan kesedaran memelihara kualiti pendidikan di sekolah.
          Memperkasa sekolah (globalisasi)
          Pengaplikasian sendiri sistem pemastian standard kualiti oleh sekolah tanpa nazir.
          Gagasan profesional lebih daripada gagasan administratif.
          - JNJK hubungan terus dengan sekolah. (memantau status perlaksanaan PKS secara lebih rapi).
          -Pakatan strategik peringkat JPN dan PPD (Promosi dan pengumpulan keputusan PKS).
          Kecekapan pengurusan sekolah (peningkatan tahap pencapaian murid)
          Motivasi dan komitmen sekolah dalam penjagaan kualiti pendidikan.
          -Budaya mementingkan kualiti (pengurusan pendidikan di sekolah)
          -Sekolah yakin pemastian kualiti (tindakan diuruskan sendiri)
           

Dokumen SKPM
          Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti (JNJK) menyediakan dokumen-dokumen ;
v  SKPM 1, SKPM 2 dan SKPM 3
          SKPM yang dibangunkan oleh JNJK adalah suatu usaha penambahbaikan untuk memastikan kualiti sekolah sentiasa berada pada tahap kecemerlangan untuk menjadikan hasrat kerajaan suatu realiti



Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia

Objektif PPPM
          Memahami prestasi dan cabaran semasa sistem pendidikan Malaysia berfokuskan penambahbaikan akses kepada pendidikan,meningkatkan standard (kualiti), merapatkan jurang pencapaian (ekuiti), menggalakkan perpaduan dalam kalangan
          Mewujudkan visi dan aspirasi yang jelas untuk sistem  pendidikan dan setiap murid bagi 13 tahun yang seterusnya sehingga tahun 2025;
          Menggariskan program transformasi yang menyeluruh untuk sistem pendidikan, termasuk perubahan utama dalam Kementerian Pelajaran Malaysia, yang membolehkan Sistem ini memenuhi permintaan baharu dan jangkaan yang meningkat serta menyokong transformasi perkhidmatan awam

VISI DAN ASPIRASI PPPM
Aspirasi Sistem Pendidikan
v  Akses kepada kejayaan
v  Kualiti standard antarabangsa yang tinggi
v  Ekuiti untuk semua murid
v  Memupuk perpaduan dalam kalangan murid
v  Pelaksanaan berkecekapan tinggi

Aspirasi Untuk Setiap Murid
          Pengetahuan
          Kemahiran Berfikir
          Kemahiran Memimpin
           Kemahiran Dwibahasa
          Etika dan Kerohanian
          Identiti Nasional



Komentar

Postingan Populer