NILAI MURNI
Tuliskan nilai murni pada setiap pernyataan di bawah
BIL | PERNYATAAN TERSURAT | NILAI MURNI |
1 | Halim sering menolong neneknya membersihkan gerai pameran kraf tangan neneknya. | |
2 | Apabila van sekolah tiba, Haziq beratur untuk menaiki van sekolah tersebut. | |
3 | Selepas bangun tidur, Nazira mengemas tempat tidurnya sendiri sebelum masuk ke bilik air untuk menggosok gigi dan mandi. | |
4 | Maisarah menghadiahkan seutas rantai kepada ibunya sempena hari lahir beliau yang ke-40 tahun. | |
5 | Jamal selalu menyimpan baki wang sakunya ke dalam tabung yang dihadiahkan oleh kakaknya. | |
6 | Penduduk Taman Idaman selalu bergotong-royong membersihkan kawasan taman mereka bagi menghindari wabak demam denggi. | |
7 | Hazim menolong mengeluarkan anak kucing yang terjatuh ke dalam longkang di hadapan rumahnya. | |
8 | Penduduk Kampung Meranti mengunjungi karnival pertanian itu walaupun mereka tidak menyertai pertandingan sempena karnival tersebut. | |
9 | Fatihah mengucapkan terima kasih atas kemurahan hati Najihah memberinya buah-buahan yang dibawa dari kampungnya itu. | |
10 | Afiq bersalaman dengan ibu dan bapanya terlebih dahulu sebelum pergi ke sekolah. | |
BIL | PERNYATAAN TERSURAT | NILAI MURNI |
11 | Pada setiap petang, saya dan keluarga berjoging dan beriadah di kawasan tasik berhampiran rumah saya. | |
12 | Setelah bersalaman dengan ibu dan ayahnya, Qayyum mengayuh basikanya dengan berhati-hati menuju ke sekolah. | |
13 | Anggota polis trafik itu mengawal lalu lintas pada setiap hari untuk mengelakkan kesesakan jalan raya. | |
14 | Kami tidur pada jam 10.00 malam agar dapat bangun awal untuk bersiap ke sekolah. | |
15 | Mariah menaiki bas pergi ke sekolah. Biasanya dia sampai di sekolah sebelum pukul 7.00 pagi. | |
16 | Kami menggunakan lampu isyarat ketika hendak melintas jalan raya. | |
17 | Cikgu Hamid tidak jemu mendidik anak muridnya yang lemah dalam mata pelajaran Matematik dengan mengadakan kelas tambahan . | |
18 | Razak membelikan cenderamata untuk kawan-kawannya semasa dia melancong ke luar negara. | |
19 | Dia membuat keputusan untuk menyerahkan dompet yang dijumpainya itu kepada guru bertugas. | |
20 | Setelah bersara Pak Saleh gemar berkebun dan menanam pelbagai jenis sayur di kebunnya. | |
Komentar
Posting Komentar