PERMAINAN DALAM KELAS
PERMAINAN 1 - MEMANCING ABJAD
Cara Pelaksanaan:
1. Murid diberikan sebatang set joran.
2. Murid memancing huruf vokal / konsonan yang diletakkan di atas meja.
3. Murid mempamerkan huruf yang diperoleh kepada seluruh kelas.
4. Murid menyebut huruf yang diperoleh secara individu , kemudian kelas
bersama-sama mengikutnya.
5. Lakukan aktiviti tersebut sehingga semua huruf – huruf berjaya
dipancing.( Murid yang berbeza )
Kekuatan
1. Bahan-bahan mudah diperoleh.
2. Kos pembuatan bahan bantu mengajar yang rendah.
3. Permainan abjad yang menyeronokkan serta menarik minat murid.
4. Melatih murid-murid berani mencuba / berkeyakinan diri.
5. Boleh digunakan untuk aktiviti pengamatan mata / tangan.
Kelemahan
1. Aktiviti hanya dijalankan di dalam bilik darjah.
2. Masa yang lama diperlukan sekiranya murid-murid tidak pandai memancing dan lemah penglihatan.
3. Boleh menimbulkan kebisingan sekiranya murid-murid terlalu teruja ingin mencuba.
PERMAINAN 2 - MARI PULANG
PERMAINAN 2 - MARI PULANG
1. Nama BBM - MARI PULANG
2. Jenis Pengamatan - Aktiviti Pergerakan Tangan dan Mata
3. Aktiviti - Koordinasi Mata dan Tangan
4. Cara Penggunaan :
a) Murid perlu menggerakkan pen yang dipegang melalui laluan yang disediakan pada dawai mata punai.
b) Pastikan pen yang digerakkan tidak menyentuh sempadan laluan tersebut.
c) Lampu hijau akan menyala jika pen menyentuh sempadan laluan itu.
d) Lakukan aktiviti tersebut berulang kali sehingga murid berjaya.
5. Kekuatan :
a) Boleh dibina menggunakan bahan terbuang - menjimatkan penggunaan bahan.
b) Kos pembuatan rendah.
c) Menarik minat murid untuk mencuba
d) Aktiviti boleh dijalankan di luar waktu PdP
tanpa pengawasan guru.
e) Hanya memerlukan ruang yang kecil
6. Kelemahan :
a) Hanya seorang murid dapat menggunakannya dalam satu-satu masa.
b) Masa yang lama diperlukan.
Komentar
Posting Komentar